Friday 16 October 2015

TIPS UNTUK ANAK TIDUR AWAL

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Masa critical apabila bertiga 6.30 ptg-8.00 malam. Kakak nak makan, adik pula nak tidur, umi pula nak solat maghrib. Tiba-tiba dua-dua meragam, umi pun jadi panik. Anak baru dua, dah terasa kalut. 

Anak-anak memang tidur awal sekitar pukul 9 malam mereka dah tidur. Kadang kala umi pun tumpang tidur sama. Semakin membesar si kakak akan tidur lewat sedikit. Saya akan pastikan mereka semua tidur sebelum pukul 9 malam.

Tips untuk anak tidur awal
  • Beri mereka makan atau susu secukupnya
  • Waktu tidur yang konsistent.
  • Bermain mainan yang menguji moto skill mereka seperti membutang baju, melukis dan sebagainya.
  • Bacakan buku atau bercerita sebelum tidur. Minda mereka akan berfikir serta memberi tumpuan. Otak mereka akan cepat letih dan mudah untuk tidur.
  • Jangan beri mereka makanan yang mengandungi gula dan makanan yang berasaskan cekolat. Ini kerana mereka akan lebih aktif
  • Tiada mainan di tempat tidur
  • Jauhkan ipad dan gadjet daripada mereka.
 


Pakej Asas Al-furqan RM58

Set Bacalah Anakku RM40

 
 




No comments: