Sedang study cara menguruskan berat badan yang betul semasa menjayakan penyusuan ibu. Salah satunya pastilah senaman. Perlunya senaman untuk ibu yang menyusu agar sentiasa sihat dan cergas. Perlu menjaga pemakanan agar mengambil makanan yang seimbang untuk menggantikan nutrisi yang hilang serta penghasilan susu ibu memenuhi kehendak bayi.
Buat masa sekarang ini, saya cuba mengurangkan air manis. Hanya minum air suam, saya tidak mengurangkan makan, tetapi makan lebih kerap kerana badan sentiasa lapar. Cuba mengelak daripada mengambil makanan yang manis dan masin. Makanan segera dan junk food cuba dihindari. Lebihkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan serta serat. Diet yang melampau akan menjejaskan penghasilan susu. Disarankan untuk mengurangkan berat badan tidak boleh melebihi 1kg sebulan.
Senaman yang disarankan adalah "weight Trainning" seperti mengangkat dumbblle atau pun bayi sebagai dumbbell. Senaman lain adalah seperti Squat dan plank. Senaman yang mudah dilakukan dirumah. Di website Kevin Zahari terdapat senaman yang boleh dilakukan di rumah.
Antara senaman bersama ibu dan bayi hasil daripada carian google
1 comment:
A perfect choice for Muslimah women who value both style and tradition.
This phrase highlights the ideal balance of elegance and modesty, showcasing the appeal of traditional wear that caters to modern sensibilities, making it a wonderful option for those who cherish cultural heritage while embracing contemporary fashion trends.
Post a Comment