Apakah aktiviti anda bersama anak-anak di hujung minggu? ke taman permainan? Keadaan berjerebu sudah pastinya aktiviti di luar rumah perlu dielakan.
Ini bermakna hanya aktiviti di dalam banggunan sahaja yang boleh dilakukan. Paling mudah sekali adalah aktiviti di dalam rumah. Mudah dan menjimatkan wang dan juga masa. Selain itu dapat menikmati kualiti masa bersama keluarga.
Bermain Sembunyi-sembunyi.
Kanak-kanak 2 tahun ke atas pastinya gembira jika dapat menyembunyikan diri daripada ibu atau ayah. Pastinya mereka gemar menyorok di belakang langsir. Tawarkan diri untuk mencari mereka, anda membilang dengan suara yang kuat pasti mereka berlari mencari tempat persembunyian. Seronok juga permainan sebegini. Cubalah pasti anda terhibur dengan teletah mereka.
Mencari harta karun
Cipta permainan yang kreatif agar lebih menarik. Merangkak di bawah meja makan, menyelesaikan puzle bersama untuk mencari clue. Setiap destinasi ataupun "chek point" mereka perlu menyelesai soalan seperti mengenal huruf hijaiyyah. Kad imbas di tampal pada pintu ataupun dinding. Setelah berjaya menjumpai harta karun, bersoraklah dan ucaplah tahniah agar mereka merasai kemenangan dan usaha mereka berbaloi. Permainan seperti ini mengajar mereka agar bekerjasama, mereka memerlukan satu sama lain, ikatan keluarga lebih erat, komunikasi dua hala dan dapat bermain sambil belajar.
Memasak
Memberi galakkan kepada anak-anak untuk belajar memasak. Gunakanlah resepi yang mudah seperti membuat kek, kuih muih, cucur bawang dan sebagainya. Aktiviti yang sesuai untuk anak berusia 2 tahun hingga ke 4 tahun di dapur adalah menolong ibu dan ayah mengacau adunan ataupun mematahkan biskut untuk dijadikan kek. Para bapa perlu melibatkan diri dalam proses memasak ini untuk memberi sokongan kepada anak-anak.
1 comment:
Baju Traditional Kebaya by Carlanisa
Rediscover timeless elegance with the Baju Traditional Kebaya by Carlanisa. This collection celebrates heritage with meticulously crafted designs using premium fabrics like lace, silk, and cotton, enhanced by intricate embroidery and classic silhouettes.
Perfectly paired with Kain Batik, Songket, or Tenun, these kebayas are ideal for weddings, cultural events, or formal occasions. Carlanisa’s Baju Traditional Kebaya combines tradition and modern sophistication, ensuring you stand out with grace and style.
Post a Comment