Thursday 5 March 2015

Pemilihan untuk pam susu

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi

Penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun sangatlah digalakan. Pemilihan alat bantuan penyusuan yang sesuai membantu penyusuan ibu bagi ibu yang berkerjaya. Pelbagai jenis pam yang berada dipasaran.  
Panduan memilih Pam Susu
  1. Bajet
  2. Jenis Operasi Pam
  3. Pam yang sesuai dan berkualiti
  4. Situasi Pekerjaan
  5. Saiz dan Berat Pam
  6. Kadar sedutan
  7. Tahap kebisingan
Bajet 
Bajet memainkan peranan yang penting untuk mengelakan pembaziran dalam pembelian pam susu. Sebagai pengguna kaji selidik perlu dilakukan agar pilihan anda adalah yang terbaik untuk diri anda. Jangan pula dah beli, anda tidak berpuas hati dengan hasilnya yang tidak setanding harganya.
  1. Manual
  2. Elektrik
  3. Bateri
  4. Elektrik dan bateri
  5. Elektrik, bateri dan manual

Pam yang sesuai dan berkualiti
Kekerapan penggunaan pam memerlukan kualiti yang baik. Pam boleh digunakan setiap hari dan tahan lasak.Pam yang tahan lasak untuk sesi pengepaman selama dua hingga 4 jam sekali. Selain itu motornya juga perlu tahan lasak penggunaannya kerana kekerapan pengepaman terutamanya untuk ibu yang bekerja. 
Situasi Pekerjaan 
Jenis Pam bergantung kepada pekerjaan anda, pesekitaran, capai plug elektrik, tempat untuk mengepam, kesibukan kerja, perlu sentiasa ke site dan sebagainya.
Saiz dan Berat Pam
Pelbagai saiz dan berat pam dipasaran. Bergantung kepada Keperluan anda. Perlunya anda senaraikan situasi pekerjaan anda supaya proses mengepam lebih effisyen.

Kadar sedutan 
Kadar sedutan iaitu phase simulation yang tidak menyakitkan. Suction yang boleh dilaraskan kuasanya  dan mempunyai suction seolah-olah seperti bayi sedang menyusu. Suction yang tidak sesuai akan menyebabkan kesakitan pada nipple.

Tahap kebisingan
Pilihlah pam yang tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Pam yang mempunyai bunyi yang perlahan tidak akan mengganggu pesekitaran. ianya dapat membantu anda mengepam ketika bayi sedang tidur. Selain itu juga anda boleh mengepam di tempat kerja sendiri tanpa menggangu rakan sekerja yang lain. Lebih baik jika mereka tidak sedar pun yang anda sedang mengepam.




No comments: