Sunday 8 March 2015

Mudahkan Penyusuan- minimumkan pegerakan

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Rumah dua tingkat mudah membuatkan kita keletihan jika tertinggal barang di atas atau pun di bawah. Lebih lagi jika hendak mengepam. Ketika hendak mengepam di tingkat atas, botol susu tertinggal di bawah, peti ais juga di bawah, agak kepenatan jika turun naik tangga. Belum lagi jika si kecil menangis. Kadang kala tertekan dengan situasi tersebut akan menyebabkan susu juga agak merudum.

Untuk minimumkan pergerakan serta mengurangkan keletihan dan menjadikan penyusuan lebih efficient, saya sediakan cooler beg ataupun cooler men beserta ice pack untuk di letakkan di tingkat atas. Di dalamnya saya akan letakan botol susu, dan pam. Senang untuk di bawa ke atas. Bekalan makanan ringan seperti biskut dan air juga di letakan di atas. Kebiasaanya biskut adalah jenis pack kecil supaya mudah di makan dan dibawa ke mana sahaja. kaedah ini saya gunakan ketika sesi mengepam di waktu malam dan juga waktu cuti.

Selesai sahaja mengepam, hasil susu tadi di simpan di dalam coolmen. Semua peralatan mengepam juga di letakan di dalam coolmen. Pagi esoknya barulah saya simpan di dalam peti ais ataupun di bekalkan ke taska.


Enteri disini





Coolmen bersama botol susu, pam dan sedikit snek







No comments: