Monday 23 March 2015

Percutian di Janda Baik - Hawa Chalet

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi



Percutian yang singkat pada minggu lepas. Kami memilih ke Janda Baik dan bermalam di Hawa chalet. Memandangkan suami mempunyai program di sana, jadilah ia percutian singkat di sana. Perjalanan juga adalah singkat, tidak penat untuk memandu.

Bilik kami mempunyai 2 katil queen dengan harga RM300 semalam. Hanya katil dan bilik air yang disediakan. Bilik kami berhadapan dengan sungai. 

Saranan saya adalah bawalah kemudahan yang lain seperti rice cooker dan cerek elektrik. kedai makan perlu keluar sedikit daripada penginapan. Kami bekalkan makanan tengah hari dan malamnya adalah BBQ. Sarapan pula adalah roti, nasi impit bersama sambal hijau. 

Kebanyakan aktiviti kami adalah mandi sungai. Air sungainya sangat jernih, tenang dan tidak dalam. Sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda. 

Si kecil saya memang tidak boleh melihat air sama ada swimmingpool, air laut ataupun air sungai. Meronta-ronta untuk mandi sungai. Ini adalah kali pertama kami membawanya mandi sungai. Persekitaran yang menarik, udara yang segar, sejuk sahaja berada di sini.

Di Hawa chalet juga terdapat haiwan ternakan seperti ayam dan angsa. Landskap di sini juga sangat menarik. Terasa seperti berada di kampung. Gambar tidak banyak kerana sibuk menjaga si kecil yang teruja dengan air sungai.









********************************************************************************
Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta dan Buku Bijak Alif Ba Ta


Berminat untuk memilikinya? 
Waatsup 0193361441
email: huzaimahbasar@gmail.com
PM facebook Barangan Keperluan Bayi dan Kanak-kanak dan pelbagai produk keperluan ibu dan anak yang didapati di sini.




No comments: