Tuesday 10 February 2015

Haikal Outdoor Playgroup

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Sudah lama kami merancang untuk menghantar Shaima' ke Playgroup. Tujuannya agar Shaima' dapat bermain dengan pelbagai aktiviti dan bersosial bersama rakan-rakan lain. Kebanyakan minimum umur untuk playgroup yang kami jumpai dengan carian google adalah 2 tahun hingga ke 4 tahun. Hujung Febuari ini usia Shaima' adalah 2 tahun.

Tahun ini adalah sesuai untuk menghantar Shaima' ke playgroup. Saya memilih hujung minggu untuk meluangkan masa bersama Shaima' untuk ke playgroup. Saya terjumpa Haikal Outdoor Playgroup di blog saatakukaupilih dan facebook Haikal's Outdoor Playgroup.

Teruja dengan Playgroup yang diadakan lebih lagi berdekatan dengan kawasan tempat tinggal kami, saya mendaftarkan Shaima' untuk menyertai playgroup ini. Sepatutnya Shaima' di daftarkan pada 7 Mac 2015 untuk sesi dry. Tetapi sesi pada tarikh berkenaan telah pun penuh. Pendaftaran pada Januari hingga ke Mac 2015 telah pun penuh. Shaima' di masukkan ke dalam standby list. 

Alhamdulillah, rezeki Shaima', pihak Haikal OPG message mengatakan ada kekosongan pada 7 Mac yang lepas. Kami terus setuju dengan tarikh berkenaan. Ketika ini adalah sesi untuk wet.


Pada awalnya Shaima' agak pemalu dan lambat response. Lama-lama kelamaan Shaima' dapat menyesuaikan diri. 

Aktiviti pada hari tersebut adalah:

1) Melukis dan Mewarna menggunakan water color. 

Aktiviti ini untuk melatih tangan serta jari jemari untuk menulis. Mereka dilatih memegang berus. Apabila mengenal pasti tangan yang dominan, tangan yang agak lemah akan dilatih memegang span untuk stamping. Penyepit baju bersama Fur Balls pula adalah untuk melatih dan mengawal tangannya melatih motor skill dan sensor skill.

Water color yang pelbagai warna pula merangsang otak si kecil untuk memilih dan mengenal warna yang terdapat di hadapannya. Campuran warna yang di lakukan oleh si kecil juga meransang otaknya untuk befikir dengan lebih kreatif lagi.

2) Snow

Aktiviti ini adalah untuk merangsang saraf deria sentuhan si kecil. Reaksi Shaima' adalah dia geli bermain dengan snow. Mungkin teksur snow yang basah dan melekit. Shaima' lebih tertarik dengan aktiviti melukis. 

Tips  daripada crew Haikal Outdoor Playgroup permulaan memperkenalkan teksur yang basah, melekit, sejuk dan sebagainya adalah dengan menyentuh menggunakan satu jari. Kemudian barulah di teruskan dengan jari-jari yang lain.








***********************************************************************************************************************************************

Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn, Pakaian Maternity, Nursing dan banyak lagi keluaran Little DJE

Dapatkannya di FB Barangan Keperluan Bayi Dan Kanak-kanak 





New Arriaval Zhea Dress (Maternity and Nursing Friendly)  Price RM159

Jika berminat bayaran boleh dilakukan melalui
Maybank : 159012674434 (Huzaimah Binti Basar @ Sabtu)
Email: huzaimahbasar@gmail.com
Waatsup: 0193361441
 
***********************************************************************************************************************************************


No comments: