Wednesday 18 February 2015

10 Perancangan Persediaan untuk mengumpul stok EBM

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Sumber Google dan Koleksi Peribadi


Sejak mengetahui saya hamil anak yang kedua, di dalam fikiran saya adalah untuk menambah baik cara pengumpulan stok EBM (Express Breast Milk). Pengalaman anak pertama, stok EBM berkurangan ketika usia bayi memasuki 5 bulan. Bayi saya yang pertama ketika itu minum sebanyak 24 onz sehari. Di tambah pula ketika itu adalah bulan puasa.

Oleh kerana kesungguhan untuk meyusukan selama 2 tahun, saya berusaha untuk mengumpul stok. Badan saya sangat letih. Sering sakit sendi, mengalami puting luka kerana tempoh mengepam yang lama, sibuk dengan kerja pejabat sehingga skip waktu mengepam. Kadang kala saya mengepam ketika memandu. Saya tidak beberapa selesa mengepam ketika memandu kerana saya mudah pening kepala lebih lagi jika jalan sesak. Susu pun mudah tumpah. Sangat tertekan ketika itu.

Apa yang saya lakukan adalah ketika suami bekerja malam atau cuti, beliau akan menjaga bayi kami. Suami akan menjaga jumlah onz susu di minum oleh bayi. Kebiasaan jika suami yang menjaga bayi kami jumlah yang diminum adalah lebih kurang 20 onz. Di situ jimat 4 onz.

Saya pula mula teknik untuk menambah stok susu. Saya makan makanan tambahan untuk menambah susu, teknik makanan yang betul serta menjaga semula jadual mengepam dan rehat yang secukupnya.

10 Perancangan Persediaan untuk mengumpul stok EBM untuk bayi kedua:

Breast Milk Storage Bags Sumber Google


  1. Mula mengumpul stok EBM 2 minggu kelahiran
  2. Anggaran bayi minum adalah 3.5 onz sekali minum untuk bayi yang berusia 2 hingga 3 bulan.
  3. Jumlah yang perlu di hantar ke taska adalah 21 onz iaitu sebanyak 6 unit (botol ataupun milk storage bag)
  4. Susu perahan di simpan di dalam breast milk storage bag  jenama Autumnz sebanyak 3.5 onz untuk mengelakan pembaziran stok susu.
  5. stok EBM akan disimpan di dalam satu plastik mempunyai 7 unit, ini adalah untuk memudahkan pengawalan stok keluar dan masuk. Dengan hanya menggunakan plastik biasa yang di jual di kedai runcit, labelkan plastik dengan nombor hari dan tarikh susu di pam (contohnya No 1, (13/7/2015 -16/7/2015))
  6. Mengumpul maklumat mengenai teknik pemakanan yang betul dan dapat meningkatkan susu. 
  7. Perlu mengemas kini sistem dan jadual rumah seperti sistem memasak, menguruskan masa proses peralatan selepas mengepam dan jadual untuk diri mempunyai masa berehat. 
  8. Perbincangan dengan suami kerana kebanyakan kerja rumah akan beliau lakukan lebih lagi melayan anak pertama yang semakin aktif. Tujuannya supaya beliau lebih bersedia.
  9. Mengatur jadual untuk bersenam supaya badan lebih sihat dan dapat menurunkan berat badan.
  10. Setelah Stok EBM mencukupi untuk sebulan, stategi seterusnya adalah mengumpul stok sebanyak 24 onz sehari. Kebiasaanya bayi yang berusia 4 bulan ke atas akan minum lebih banyak. Sasaran saya adalah 5 kali sesi mengepam. 


Koleksi Peribadi: Mengepam ketika memandu


















 



*********************************************************************************************************************************************************

Kami menyediakan kelengkapan awal bayi Tilam Kekabu Bayi, bantal newborn, Pakaian Maternity, Nursing dan banyak lagi keluaran Little DJE

Dapatkannya di FB Barangan Keperluan Bayi Dan Kanak-kanak 

*********************************************************************************************************************************************************** 



No comments: