Saturday 21 February 2015

Cara susunan pakaian di dalam beg

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Melipat pakaian adalah perkara yang paling tidak saya gemari. Kebiasaanya semua pakaian akan saya gantung ketika di menjemur dan setelah kering akan terus di gantung di dalam almari.

Masalah timbul apabila pulang ke kampung. Perlu "packing" pakaian dan barang keperluan lain. 

Saya menemui "solution" dengan menyimpan pakaian yang bergantung bersama "Hanger". Pada permulaannya hanya pakaian anak sahaja yang saya akan buat begitu kerana pakaian serta "hanger" yang bersie kecil. Lama kelamaan saya cuba pula pakaian saya. 

Akhirnya muat juga pakaian saya dan anak di dalam beg. Kebiasaan seluar, kain batik dan tuala akan dilipat. Hanya baju sahaja yang saya "hanger".

Pakaian suami di dalam beg lain. Mudah bagi suaimi untuk uruskan pakaian sendiri.

Bagi saya kaedah ini sesuai dengan saya. Mudah bagi saya untuk menjemur pakaian apabila pulang ke kampung.  Apabila ramai yang pulang ke kampung, ampaian akan penuh. Saya cuba minimumkan penggunaan ampaian.


No comments: