Friday, 6 February 2015

Memahami cara anak-anak belajar

Teks: Huzaimah Basar
Gambar:





Sumber artikel ini adalah daripada laman sosial Facebook Pn Noraminah Omar. Beliau pakar dalam early education children.

Ketika ini saya cuba untuk memperkenalkan Shaima' dengan huruf Hijaiyah. Saya mencuba kaedah di atas untuk pembelajaran Shaima'. Sambil melukis, saya akan selit dengan tulisan huruf hijaiyah. Kadang kala ada pergerakan tangan dan juga sedikit nyanyian. Bagi saya kaedah di atas dilaksanakan sambil bermain. 

Anak-anak yang sedang bermain tidak sedar bahawasanya mereka sedang bermain. Apabila mereka gembira, maka proses pembelajaran juga mudah diikutinya.

Kita memerlukan masa untuk menarik perhatian mereka untuk belajar. Kadang kala terasa letih kerana proses mengenal huruf agak lambat. Tetapi saya tetap juga menunjukan kepadanya, serta menyebutnya setiap hari agar proses pembelajaran itu berlangsung dan berharap Shaima' dapat mengenalinya. 






No comments: