Friday 31 October 2014

Pengalaman Hamil

Teks: Huzaimah Basar

Menjadi lumrah bagi setiap pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki zuriat. Kehadiran anak membawa kegembiraan kepada sesebuah keluarga. Begitu juga bagi kami yang meimpikan kehadiran si kecil dalam kehidupan kami.

Mengalami haid yang tidak teratur menyukarkan menjangka waktu kesuburan. Pelbagai alternatif kami lakukan untuk hamil.Mengunakan Microscope keseburan (Fertile Focus) menggunakan air liur dan boleh di dapati di Mudah Hamil.

Kemudian kami berbincang dan sepakat untuk berjumpa Pakar Sakit Puan. Selain itu kami juga bersepakat untuk memilih doktor perempuan untuk rawatan. Akhirnya kami memilih doktor pakar sakit puan Dr Fatimah Mustafa daripada Hospital An-Nur, Bangi. 

Perkara pertama yang dilakukan untuk rawatan kesuburan (fertility Treatment) adalah dengan mengambil ujian darah. Keputusan ujian darah mendapati saya mempunyai simptom hypo tyhroid, yang mana penyakit ini menggangu sistem iminusasi badan dan juga kesuburan. Doktor menasihati saya untuk merujuk penyakit ini  dengan doktor pakar Physician & Endocrinologist. 

Hampir setahun menerima rawatan dengan doktor Pakar Physician & Endocrinologist dengan mengambil ujian darah setiap bulan dan juga ubat tyroid. Apabila tyroid saya berada di tahap yang memuaskan, doktor menasihati saya untuk meneruskan rawatan dengan Pakar Sakit Puan.

Meneruskan rawatan dengan doktor Fatimah dan di dapati saya mengalami sindrom PCOS. Maklumat lanjut di sini. Clomic di beri untuk membesarkan ovum supaya mudah hamil. Selama tiga bulan consume Clomic dan tidakk juga hamil. Doktor menasihati saya untuk Pembedahan 'ovari drilling' dan juga ujian untuk memastikan kedua-dua tiub tidak tersumbat. Kami setuju dengan cadangan doktor Fatimah itu.

Sementara menunggu tarikh untuk pembedahan, saya mengambil langkah yang lain iaitu dengan bersenaman dengan konsistant, memasuki kelas berenang dan menurunkan berat badan. Suami saya juga konsistant dengan senamanya.

Alhamdulillah, saya di sahkan hamil sebelum pembedahan. Hampir 3 tahun kami menunggu kehadiran si kecil. Saya bersyukur sangat dengan anugerah yang tidak terhingga ini.

Saya juga berpendapat bahawa senaman yang konsistant membantu untuk hamil. Senaman meningkatkan stamina dan juga stabiliti hormon.

Kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat janganlah berputus asa. Sentiasa memberi sokongan kepada pasangan serta berdoa untuk memudahkan segala perkara dan tawakal.
  





No comments: