Friday 10 October 2014

Aktiviti motor halus dan kasar kanak-kanak

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum,

Ketika beraya di kampung halaman, aktiviti si kecil adalah meneroka alam sekelilingnya serta bersosial bersama sanak-saudara. Sifat ingin tahu si kecil yang sangat tinggi menjadikan beliau seorang yang kreatif. 

Semasa berada di kampung antara peralatan yang boleh di gunakan untuk aktiviti si kecil adalah botol terpakai, alam sekeliling seperti daun, buah pinang, bunga, batu, pasir dan sebagainya. Tugasan mereka adalah untuk memasukkan barang-barang yang di jumpai ke dalam botol terpakai menggunakan kreativiti tersendiri. Pasti mereka akan kusyuk dengan aktiviti itu. 

Si kecil akan memproses daya pemikiran serta kemahiran motor jari jemari. Kebarangkalian untuk barangan yang dijumpai tidak dapat di masukan ke dalam botol terpakai tersebut. Di situ kemahiran berfikir akan dirangsang serta akan berlakunya kemahiran penyelesaian masalah.

Meneroka Alam, sedang memetik bunga

Aktiviti ini adalah murah tetapi berbaloi untuk si kecil kerana melibatkan proses kemahiran berfikir, penyelesaian masalah, kemahiran motor serta dapat meneroka alam.

Cubalah pastinya anda tidak akan kecewa, si kecil juga akan berasa gembira.


No comments: