Wednesday 1 October 2014

Ulasan Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Sumber Google





Assalamualaikum,

Saya adalah salah seorang pelanggan setia membeli belah secara online. Bagi saya membeli belah secara online menjimatkan masa. Kebiasaannya saya akan membeli belah secara online di tempat yang sama. Faktor yang menyebabkan saya membuat pembelian semula adalah perkhidmatan serta layanan yang memuaskan hati saya. Keperihatinan usahawan berkenaan juga menarik minat serta keyakinan saya untuk berurus niaga. Ada juga usahawan yang tidak perihatin, sambil lewa menjawab persoalan saya. Usahawan begini tidak meyakinkan saya untuk berurus niaga.

Ebook ini sangat membantu usahawan online yang baru untuk bermula. Selain itu juga memberi manfaat kepada usahawan online yang lama untuk mepertingkatkan lagi khidmat pelanggan yang sedia ada. Pentingnya khidmat pelanggan ini untuk memikat hati pelanggan menjadi pelanggan yang setia. Pelanggan yang setia kebiasaannya akan memperkenalkan 'online shooping' kepada rakan-rakannya yang lain. Mereka pastinya yakin untuk berurus niaga kerana pengalaman yang diceritakan oleh rakannya itu.

Panduan yang dikongsikan sangat mudah, lebih lagi bagi saya yang baru sahaja ingin bermula berniaga secara online, sangat membantu.Membaca ebook ini membawa diri saya sebagai pelanggan dan juga usahawan, penerangan dan panduan yang diberikan sangat jelas. Berbaloi memilikinya jika anda benar-benar ingin perniagaan anda berkembang maju.


No comments: