Sudah seminggu lebih rumah kami kehabisan stok kicap. Memang kami sengaja tidak membeli kicap gara-gara si kakak yang hanya makan nasi bersama kicap. Bukan sedikit, keseluruhan nasi perlu bewarna hitam.
Kami menemui jalan buntu untuk mengelakan si kakak daripada kicap. Seolah-olah kakak dan kicap berpisah tiada. Pelbagai menu yang dicuba untuk menarik minat si kakak supaya memilih makan yang lebih berkhasiat.
Menu berkuah adalah yang disukai oleh si kakak setelah sekian lama memerhatikannya. Sup sayur ataupun kuah pindang. Sekurang-kurangnya khasiat sayur dan juga ikan ada pada kuah.
Setakat ini kami masih boleh memberi alasan kenapa tiada kicap di rumah. Harapan agar si kakak tidak menjadikan kicap sebagai makanan rutinnya.
1 comment:
Elegant Women’s Fashion at Carlanisa
Explore Carlanisa’s exclusive women’s fashion collection, featuring a variety of stylish and modest designs. From Baju Kurung and Hijabs to Jubah and Kebarung, discover high-quality pieces perfect for any occasion.
Whether you’re dressing up for a formal event or looking for everyday elegance, Carlanisa combines tradition with modern trends to offer something for everyone. Shop now and elevate your style with our timeless collection!
Post a Comment