Wednesday, 9 March 2016

#woodenblocks





Selepas adik beradu, inilah aktiviti kami malam tadi. Pada permulaanya kakak merengek meminta untuk melihat "youtube". Semalam saya sudah tegaskan kepadanya bahawa keesokkan harinya tidak boleh menonton youtube, tetapi umi dengan ayah akan membawanya mandi kolam hujung minggu ini. 

kakak tetap merayu untuk menonton youtube. Ayat rayuannya sangat menyentuh hati. Umi terpaksa menahan diri dan memberinya pilihan sama ada "youtube" atau mandi kolam hujung minggu ini. kakak memilih untuk mandi kolam hujung minggu ini.

Untuk mengisi masa malamnya daripada menonton televisyen, saya mengajaknya bermain #woodenblocks. Kami membeli permainan ini ketika melancong ke Melbourne dan ketika itu kakak berusia setahun lebih. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas. 

Semasa usianya dua tahun, kakak tidak teruja dengan permainan #woodenblocks ini. Setelah melihat sepupunya bermainan, menyusun dengan cantik, barulah kakak berminat untuk bermain. Saya juga menggalakkan kakak bermain #woodenblocks dengan mencipta pelbagai "characters". Lama kelamaan kakak sudah pandai bermainan dan mencipta jalan ceritanya sendiri. 

Sebagai ibubapa wujudkan komunikasi kedua belah pihak antara ibubapa dan anak. Ini menggalakkan anak membina pelbagai perkataan dan juga akan tercipta pelbagai kreativiti. 

Terbentuknya kreativiti kerana komunikasi melalui bimbingan ibubapa atau orang dewasa. Anak-anak akan memberi pendapat dan kita akan memberi tunjuk ajar serta menambah sedikit idea. Anak-anak akan mencipta kreativiti mereka hasil daripada perbincangan.


Hasil daripada cetusan idea kakak inspirasi daripada cerita upin ipin iaitu kelawar. 

kakak nyatakan ada dua mata warna merah dan dua sayap. Dibentuk menggunakan play doh. Saya memberi idea meletakan sayap warna kayu. Selainnya cetusan kreativiti kakak. 

Owh, kakak juga mengira dan mengenal warna iaitu dua mata merah dan dua sayap.

Belajar melalui bermain.









No comments: