Masih lagi mengenai topik "anak perempuan ayah"
Keliru juga tidak pasti masa yang sesuai untuk memperkenalkan kakak dengan pemakaian tudung.
Sekarang kakak memakai tudung hanya ke Surau. Sebenarnya tudung itu adalah anak tudung kecil kepunyaan ummi.
Sebelum ini meminta untuk memakai kopiah ayah. Mungkin dia melihat ayahnya kacak apabila berkopiah😂😂😂.
Selain itu pengaruh dengan sepupunya yang sangat comel apabila berkopiah ☺️☺️.
Ustaz mensarankan usia yang sesuai adalah ketika berumur 5 tahun untuk diperkenalkan dengan pemakaian tudung. Tetapi jangan memaksa mereka untuk bertudung. Lama kelamaan mereka akan faham mengapa mereka perlu menutup aurat.
Kesimpulannya peranan seorang ibu sangatlah penting kerana ibu-ibu mampu mempengaruhi anak-anak dengan memberikan contoh pemakaian yang menutup aurat.
No comments:
Post a Comment