Semakin si kakak membesar, semakin pandai memilih terutamanya menu makanan. Sekarang ini usianya sudah 3 tahun lebih. Makan memilih, sudah pasti sayur bukan pilihannya. Ligat juga kepala ini memikirkan cara yang terbaik untuk menggalakannya memakan sayuran. Walaubagaimanapun ibubapa perlulah memakan sayuran di dalam setiap hidangan.
Kaedah yang saya gunakan sejak akhir-akhir ini adalah menceritakan kesan daripada tidak mengambil sayur-sayuran di dalam setiap hidangan. Penceritaan perlulah yang logik. Kanak-kanak akan menggunakan maklumat yang diberi, oleh itu ibubapa perlu menggunakan maklumat yang logik.
Saya mengatakan kepada si kakak jika dia tidak memakan sayur, kakak tidak akan kuat. Kebetulan pula ketika kakak sedang bermain layang-layang, dia terjatuh. Saya menggunakan peristiwa berkenaan untuk mempengaruhi mindanya.
Disebabkan kakak tidak berhati-hati dan di tambah pula tidak makan sayur, kakak tidak ada tenaga dan kekurangan vitamin. Oleh sebab itulah kakak mudah terjatuh. Nanti luka juga sukar untuk sembuh (baca:baik).
Sebelum tidur juga saya akan menceritakan perkara yang sama. Berceritalah setiap hari, semoga minda separuh sedar anak-anak akan menerimanya. Lama-kelamaan mindanya menerima input yang disampaikan.
Ketika makan malam kakak meminta sayur lobak merah. Kaedah yang saya gunakan nampaknya berjaya mempengaruhi mindanya untuk memakan sayur. Selepas ini perlu kreatif pula supaya kakak memakan sayuran hijau.