Tuesday, 2 February 2016

Tantarum Di usia 3 Tahun



Hari ini sarapan pagi bersama Encik Suami. Kami kelaparan setelah mengharungi kesesakan jalan raya. Walaupun kami bermotosikal, penat mencelah. Semalam jalan lengang kerana cuti hari wilayah. Hebat sungguh apabila pekerja Wilayah Persekutuan dan Selangor bergabung. 

Sambil makan kami membincangkan kehebatan tantarum kakak diambang usianya 3 tahun. Aku sampaikan kata-kata Puan Husna Harun kepada Encik Suami.

"Anak yang diajar mengaji oleh ibubapanya akan mudah mendengar kata"

Riak wajah Encik Suami setuju dengan kata-kata Puan Husna Harun. 

Kami terfikir untuk mengajarnya mengaji, 2 minit sehari, walaupun kad imbas telah lunyai dikoyakkan oleh kakak. InsyAllah kakak akan pandai mengaji dan tidak lagi tantarum.



No comments: