Tuesday 16 February 2016

Flash Card Bahaya untuk si Kecil di bawah usia 4 Tahun.

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi
Sumber: Facebook Anakibuayah

Encik Suami ada menyatakan perkongsian mengenai artikel di dalam laman sosial Facebook mengenai Kad imbas tidak sesuai untuk anak-anak berusia bawah 4 tahun. Pertama kali saya mendengarnya. 

Biasa yang saya dengar adalah keburukkan gadjet. Penggunaan gadjet dan televisyen yang extrem membahayakan si kecil.

Saranan saya anda boleh gunakan kad imbas tetapi tidak secara extrem. Pastikan anak lebih bermain dengan aktiviti fizikal di luar rumah ataupun di dalam rumah.

Saya boleh menawarkan alternatif lain selain kad imbas iaitu "kinetic Sand". 

Walaupun "Kinetic Sand" agak bersepah, tetapi ianya mampu membuatkan daya pemikiran anak anda lebih cerdas. Bersepah kita ajak anak-anak mengemas bersama-sama.


"Anda boleh waatsup ke no 0193361441, nanti saya bantu dapatkannya"


Artikel asal daripada laman sosial Facebook Anakibuayah
================================================

AWAS jika terlalu memberikan flashcards dan buku pada anak2 di bawah usia 4 tahun!
Selama ni kita asyik duk dengar yg bagi tablet dan gadgets tak bagus utk anak kecil. Tapi tak kurangnya dengan buku dan flashcards. 

Anak kecil seawal usia 6 bulan memerlukan banyak rangsangan dari persekitaran. Dalam kehidupan seorang anak kecil, rangsangan deria rasa, pertutran&percakapan, sosial, emosi, kognitif, dan pergerakan haruslah seimbang seadanya utk memastikan mereka mendapat 'pendidikan' yg secukupnya.
Apa yg seorang anak kecil dapat jika kita ibu bapa terlalu ghairah utk memberikan 'pendidikan' berbentuk gambar dan hafalan kpd anak kecil? 

Dengan melihat gambar, mereka tidak dpt merasai objek. Objek yg mereka dapat rasa pada ketika itu hanyalah sekeping kertas sahaja. Apa yg ada pada sekeping kertas yg ada gambar 'banana'? Hanya kertas yg ada warna kuning dan bentuk pisang. Anak kecil tidak dapat merasa banana tersebut kerana tidak memegang objek banana. Bau banana tiada. Nak pegang banana pun tak pandai. Kemahiran motor halus tiada. Hanya pergerakan' flip' kertas, pegang, dan belek. Di antara input Pertuturan yg diterima pada ketika itu ialah: 'banana' sahaja. Jadi, anak kecil mmg boleh sebut banana, tapi tak boleh describe rasanya yg bagaimana sebab hanya belajar perkataan banana melalui sekeping kertas sahaja.
Konsepnya sama mcm kalau kita dedahkan terlalu banyak hafalan huruf & nombor melalui flashcards. Anak2 ini kita kata, kita rangsang bahagian kognitif nya melalui cara ini. Sentiasa harus diberikan input huruf dan nombor sampai anak betul2 boleh hafal. Berbalik kpd komponen2 kehidupan seorang anak kecil yg saya katakan sebelum ini. Skrg ni, kita banyak bagi komponen kognitif kepada anak, sehingga komponen2 lain kita ambil ringan. Maksudnya, anak kecil hanya hebat dlm komponen kognitif dalam kehidupannya, tetapi 'delay' dari segi Pertuturan, pergerakan, dan hubung kait sosial dengan persekitaran. 

Berbeza jika kita ikut 'flow' anak2 kecil yg gemar bermain dan bergerak. Bergerak mengaktifkan tingkah laku, percakapan dan kesedaran mengenai persekitaran. Bila mereka bergerak, mereka belajar yg persekitaran ini ada cabarannya. Kebolehan anak kecil utk bergerak dlm persekitaran yg mencabar ini dpt membantunya memberi kemahiran survival, problem solving dan kekuatan utk menghadapi cabaran. Bergerak membantu proses pertukaran maklumat di antara otak kiri dan kanan berlaku dengan baik dan seterusnya mengukuhkan komponen2 kognitif seperti hafalan, mengenal dan berfikiran kreatif.
Sebab tu budak2 skrg ni banyak yg sukar utk bertutur dan bercakap dengan baik. Ada ibu bapa yg baru sedar anak mereka apabila sampai usia 4 tahun, masih belum boleh berkomunikasi dengan baik tetapi sudah boleh sebut dan kenal huruf, warna, nombor dan shapes. Ada yg lebih teruk, umur 5 tahun sudah boleh membaca, tetapi tidak mampu memberitahu ibu dan ayahnya tentang apa yg dia rasa, perkongsian perasaan, dan memberitahu apa yg dia nak. Apa yg dia tahu, hanya pegang tgn ibu dan tunjuk sahaja apa yg hendak dimakan tanpa dapat membuat ayat yg sesuai. Sedangkan anak itu sudah boleh membaca! 

Jangan pandang remeh dengan aktiviti bermain dan bergerak. Buku dan gambar tidak membawa makna apa2 kpd anak2 kalau komponen kehidupan yg lain tidak dipandang serious oleh ibu bapa.





No comments: