Monday 11 January 2016

Melancong bersama ibubapa yang Uzur.

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: FB CtmaizanBasar Ijan

Kisah mak melancong bersama adik-beradik. Mak agak uzur tidak larat untuk berjalan. Mak perlukan kerusi roda untuk perjalanan yang jauh atau memerlukan banyak berjalan.
Strategi kakak ku Hazilah Basar yang pertama adalah dengan membawa mak menunaikan umrah terlebih dahulu.

Selepas ke umrah, mereka merancang membawa mak ke melancong ke luar negara. Selalu tidak dapat mengikuti trip mereka. Masa pergi Jepun mereka menempah tiket, ketika itu aku sedang hamil anak ke dua. 

Sesiapa yang berhajat untuk membawa ibubapa anda yang uzur, perkongsian daripada adikku CtmaizanBasar Ijan mungkin dapat membantu anda.Semoga anda memperolehi maanfaatnya dan dapat merancang lebih awal.

Catatan daripada FB CtmaizanBasar_ijan
MENGAPA KAMI MEMILIH MEMBAWA MAK MELANCONG
Selalunya kita bercuti bersama rakan, pasangan atau keluarga. Tapi ramai yang menjadikan mak/ayah yang berkerusi roda atau tidak kuat berjalan sebagai kekangan untuk melancong. Pelbagai alasan dan rungutan. Sebenarnya anda silap. Bawa mereka selagi mereka mampu untuk melihat dunia luar ini. Jadikan ini sebahagian hadiah untuk mereka. Oh, mesti ramai yang mengencam kami, baik bawa pergi umrah dan haji. Bagi pengetahuan anda semua, itu memang wajib untuk anak yang berkemampuan dan pastikan mereka ada mahram ketika di sana. Jika tidak mampu bawa ke taman atau melancong dalam Malaysia pun sudah memadai. InsyAllah.

AGAK-AGAK BERAPA BUDGET YE?
Bersiap sedia untuk berkorban duit. Membawa orang tua, budget besar sikit. Pastikan anda ketepikan setiap bulan dan paling bagus berpakat la adik beradik untuk sama-sama menyimpan bagi peruntukan mak/ayah anda ketika di sana.
Bagi pengetahuan anda semua kami kerja tambahan untuk melancong."Freelence grafik design, develop web, buat doorgift murah dll.

TIPS MEMBAWA MAK/AYAH ANDA MELANCONG
1. Pastikan passport dan barang keperluan untuk mak anda mencukupi.
2. Dalam flight jangan harapkan pamugara and pamugari. Walaupun itu kerja mereka. Anda kena layan ibu/bapa anda.
3. Check in and Check out di Airport nanti jangan terkejut, anda sekeluarga berpeluang menjadi tetamu VVIP.
4. Bawa ubat-ubatan seperti penandol, ubat cakit perut, minyak panas, minyak angin dll ketika keluar berjalan.
5. Pastikan plastik, air mineral, selendang, blanket, tisu basah, coklat, baju, pakaian dalam mak anda dibawa. Penting jika situasi cuaca sejuk. Ingat, kadangkala anda tidak sempat untuk membawa mak anda ke tandas, jadi perlu ada pakaian untuk mereka ketika keluar melancong.
6. Kerusi roda penting jika mak anda tidak dapat berjalan dengan baik. Bergilir-gilir menolak kerusi roda mak ye.
7. Sentiasa bertanya keadaan mereka. Contoh, nak makan tak?, haus tak, mak nak pergi tandas tak?
8. Waktu shopping, tanya mak anda barang apa yang mereka mahu. Layan mereka membeli belah. Jika harga diluar kemampuan anda, terus terang kepada mereka. Jangan terkejut jika mereka suka bershopping. Hahahaha
9. Bila solat pastikan mereka dahulu. Pakaikan stokin, betulkan tudung mereka, bentangkan sejadah mereka barulah anda pergi mengambil wuduk.
10. Bila bergambar, susah betol mereka nak senyum. Buat macam adik aku, guna tangan untuk buatkan mereka senyum. hahahaha

“bawalah ibu bapa anda melancong. Jangan jadikan alasan keadaan mereka sebagai kekangan anda”





No comments: