Wednesday 6 January 2016

GILIRAN ADIK PULA CHICKEN POX

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Sejak petang Sabtu adik muntah. Malam pula tidak lena tidurnya. Hari Ahad 4 kali adik muntah. Umi syak adik tidak serasi dengan labu. Adik di bawa ke klinik untuk dianogsis. Doktor dapati adik kembung dan mungkin adik tidak serasi dengan sayur labu. Pertama kali adik makan labu pada hari Sabtu.

Pada hari Isnin adik muntah lagi. Enam kali adik muntah. Selepas menyusu adik muntah. Selepas makan ubat adik muntah. Adik tidak seceria selalu. Badannya Tidak bermaya. Adik di bawa ke Klinik sekali lagi. Badannya terdapat bintik-bintik merah. Doktor masukkan ubat punggung untuk ubat tahan muntah dan doktor sahkan adik chicken pox. Jika adik  dihidrated perlu ke hospital dengan segera. Tanda-tanda dihidrated adalah mata sembab, dan lampin kering iaitu kurang kencing. Doktor menyediakan Surat Rujukan untuk ke hospital.

Pemantauan dilakukan di rumah sahaja. Selepas ubat punggung di beri, adik tidak muntah lagi. Pagi lebih kurang pukul 4.30 adik demam, kami berikan adik ubat demam. Sebeberapa ketika adik muntah. Kami rancang untuk rujuk adik ke pakar kanak-kanak.

Doktor pakar kanak-kanak sarankan untuk menahan adik di wad disebabkan kekerapan adik muntah untuk menghindari adik daripada dihidrated.  Tetapi kami ingin memantaunya di rumah sahaja. Menurut doktor adik muntah kerana demam dan tekaknya yang tidak selesa. Oleh itu adik kerap muntah lebih lagi apabila ubat makan diberikan. Patutlah adik mengeluarkan semula ubat yang diberi. Jika demamnya dapat diatasi, besar kemungkinan muntahnya juga dapat diatasi.

Adik hanya perlu minum susu, air dan makan untuk mengelakkan daripada dihidrasi. Alhamdulillah keadaan adik semakin baik. Kini giliran adik pula chicken pox. Bintik-bintik chicken pox banyak yang sudah keluar dan pecah. Muntah-muntah seperti sudah tiada. Semoga adik cepat sembuh.

Sahabat yang mempunyai anak 0-2 tahun. Rancanglah cuti dengan baik. Di usia ketika ini anak-anak mudah jatuh sakit.


No comments: