Wednesday 20 January 2016

Kenapa si kecil lebih suka menonton kartun yang tidak bersuara?

Teks: Huzaimah Basar
Gambar:


Kenapa si kecil lebih suka menonton kartun yang tiada dialog, tetapi mempunyai aksi tersendiri mengikut jalan cerita. Apabila diperhatikan gelagat si kecil mereka akan lebih kusyuk menonton kartun yang tiada dialog berbanding kartun yang mempunyai dialog. Sifat mereka yang lebih gemar melihat daripada mendengar. Kadang-kadang si kecil sukar untuk memahami kartun yang berdialog.

Dialog yang laju, bahasa yang sukar di fahami oleh si kecil dan sebagainya menyebabkan mereka cepat bosan kerana tidak memahami penceritaan kartun berkenaan.

Cubalah bertanya kepada si kecil mengenai cerita yang mereka tonton. Pastinya mereka akan bercerita dengan penuh bergaya. Selain itu dapat mendidik minda mereka untuk berfikir secara kreatif. 


 


No comments: