Monday, 21 December 2015

Chicken Pox




Si kakak selalu sahaja tak sihat hujung tahun. Mujur tahun ini umi simpan cuti khas jika anak-anak tak sihat. Tahun ini kakak chicken pox. Mula-mula hanya di muka dan tangan, kini telah merebak ke bahagian lain.

Si kakak hanya memakai seluar pendek sahaja ataupun pampers. Kipas akan di pasang dan ditumpukan ke arah si kakak untuk mengelakkan daripada berpeluh. Jika mempunyai penghawa dingin lebih baik. Jika berbaju pun yang berkain nipis dan tidak mudah gatal. Ini untuk mengelakkan badannya gatal terutamanya berpeluh. Kesian melihat si kakak yang tidak selesa. Terutamanya di waktu malam. Umi pun tidak lena tidur.

Si kakak juga mengalami demam. Ubat yang diberikan adalah ubat demam, ubat gatal untuk di minum (sedikit mengantuk), krim gatal untuk disapu pada siang hari dan krim gatal untuk disapu pada malam hari.
 

Doktor sarankan:
  1. Minum air dengan banyak. 
  2. Elakkan makanan bergoreng.
  3. Asingkan pakaian, cadar, tuala untuk si pesakit.
  4. Yang penting hygiene 

Semoga kakak cepat sembuh dan aktif seperti biasa.




1 comment:

Momina24 said...

This sale includes popular items such as Baju Kurung, Baju Kebaya, Baju Kurung Songket, and more. It's the perfect opportunity to refresh your wardrobe with elegant and high-quality pieces at unbeatable prices.

Shop now to take advantage of these limited-time offers and embrace the elegance of tradition with Carlanisa's exclusive collections.
Follow Carlanisa on social media to get the latest updates on new arrivals