Thursday, 17 December 2015

Bermalam di Swiss Gardern Resident




Hujung November 2015 yang lepas, kami menghadiri jemputan perkahwinan seorang sahabat ketika belajar di universiti di Kuantan. Sahabat serumah selama 4 tahun belajar di universiti. Bermula kami mencari tempat penginapan yang berdekatan dengan lokasi jemputan perkahwinan. Di kesempatan ini kami mengambil keputusan untuk membawa anak-anak bercuti di Kuantan. 

Bermulalah pencarian di google aktiviti yang menarik dilakukan di Kuantan. Lokasi yang berdekatan dengan majlis, hanya 15 minit perjalanan.Kami memilih Swiss Garden Resident sebagai tempat bermalam. 

Menariknya Swiss Garden Resident mempunyai taman tema. Sesuai untuk percutian keluarga. Tidak perlu keluar dari kawasan tempat penginapan. Taman tema berhadapan dengan kediaman kami. 

Konsep Swiss Garden Resident adalah rumah kondominium yang dijadikan sebagai hotel dan taman tema yang diurusan oleh pihak Swiss Garden. Terdapat juga tuan rumah yang mendiami kediaman mereka di situ. 

Kediaman di sini adalah apartment, sesuai untuk percutian keluarga. Kediaman kami mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, satu katil queen dan dua kati super singgle. Ruang makan yang selesa, mempunyai microwave, peti ais, cerek air, dapur wet kitchen dan meja makan. Ruang rehat yang mempunyai sofa beserta televisyen. 

Kediaman kami terletak dibahagian bawah berhadapan dengan taman tema. Anak-anak sangat gembira dan tidak sabar untuk beraktiviti.























2 comments:

Momina24 said...
This comment has been removed by the author.
Momina24 said...

Sampin Baju Melayu Patterns Songket Weddings
is a traditional accessory crafted from luxurious songket fabric, designed to complement the formal Baju Melayu attire. The intricate songket patterns, often featuring floral or geometric motifs, bring an elegant and royal touch to the outfit. This sampin is perfect for weddings, adding a sophisticated and cultural element to the attire. The fabric is carefully woven with metallic threads, making it both durable and visually striking, ideal for special occasions where you want to stand out with a touch of tradition and style.