Monday 7 December 2015

Bengkak Susu

Teks: Huzaimah Basar

Bercuti sambil memenuhi jemputan perkahwinan seorang sahabat lama semasa belajar. Selama tiga hari bercuti, sesi mengepam juga bercuti. Perancangan awal hanya perlu marmert sahaja apabila berada di hotel. Susu perahan juga tidak akan disimpan memandangkan cooler men tidak di bawa bersama kerana kereta telah penuh.

Selama tiga hari bercuti dan sesi mengepam juga bercuti. Anak-anak keletihan dan meragam. Mereka letih dalam perjalanan. Bayi saya juga kurang menyusu. Merancang untuk marmert juga tidak menjadi kerana saya juga keletihan. Saya rasa betul-betul ingin berehat. Akibatnya saya mengalami bengkak susu untuk kali kedua.

Bengkak susu boleh menyebabkan demam panas dengan suhu yang tinggi. Badan tidak bermaya dan sengal sendi. Doktor memberi cuti sakit selama 2 hari supaya dapat sembuh dengan baik.

Apabila mengalami bengkak susu, cubalah sikat payudara yang bengkak. Mengurut seluruh badan juga membantu meredakan kesakitan yang di alami selain melancarkan pengaliran susu. Marmet bahagian hadapan terlebih dahulu seperti memerah span. Kerapkan sesi mengepam atau sesi menyusukan bayi. Sambil mengepam urut bahagian yang bengkak. Mengambil masa juga untuk menghilangkan bengkak susu. Hasil perahan susu juga akan berkurangan. Oleh itu pastikan kekerapan mengepam ataupun lakukan "power pumping" untuk simulate semula kilang susu.



======================================================

Jom cuci mata di kedai online kami. Perkhidmatan yang kami tawarkan seperti dibawah beserta konsultan
  • Early Childhood Educational Material
  • Educational Toys
  • Breastfeeding



No comments: