Tuesday 4 August 2015

Tips mudah untuk menjamu rakan-rakan bagi ibu yang sibuk

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi



Sudah lama tidak bersiaran. Perubahan rutin yang baru memerlukan keserasian. Rutin kehidupan saya sedang kelam kelibut. Baru sahaja merancang untuk sidai baju, bayi kecil saya menangis. Rutin bayi kecil saya masih berubah-ubah. Agak sukar bagi saya untuk menyusun atur jadual harian.

Musim perayaan ramai tetamu yang ingin menziarah terutamanya dengan kehadiran orang baru. Berkumpul bersama rakan-rakan lama adalah sangat menggembirakan. Mengukuhkan lagi ikatan persahabatan.

Memandangkan saya ibu kepada dua orang anak, bagi saya pentingnya perancangan yang awal. 

Menu utama nasi ayam
Pencuci mulut keropok lekor dan puding roti ( tempah dengan jiran)
Air rebina

Menu masakan perlulah mudah. Jika mempunyai bujet yang lebih bolehlah di tempah sahaja makanan utama. Saya memasak sendiri kerana tetamu yang hadir bilangan yang kecil. Menu utama adalah nasi ayam. 

Kenapa nasi ayam? Kerana nasi ayam agak mudah dimasak. Walaupun agak leceh, perancangan awal akan memudahkan proses memasak. Saya mengambil masa tiga hari untuk menyediakan nasi ayam. 

Hari pertama membersihkan ayam, kisar cili, sediakan perencah untuk perapan ayam dan juga nasi. Bahan-bahan perapan dikisar dan disimpan di dalam peti sejuk.

Hari kedua menyediakan sos cili, sos kicap, stok ayam dan acar timun bersama lobak merah.

Hari ketiga memasak nasi ayam serta memanggang ayam di dalam oven. Menyediakan juga air rebina.

Apabila mempunyai perancangan tidaklah kita akan serabut dengan dapur yang bersepah dan mempunyai masa membersihkan dapur. 

Selepas acara selesai memang agak kepenatan. Mujur masih bercuti lagi.





2 comments:

Anonymous said...

"Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. www.efficient2me.com
"

Huzaimah Basar said...

Pn husna saya belajar daripada program puan yang sgt bermanfaat untuk saya. Terima kasih banyak-banyak. Hidup saya banyak yang telah berubah, mempunyai lebih masa. Cuma perlukan sedikit perubahan dengan kehadiran orang baru.