Saturday 22 August 2015

Mana Lebih baik Menyimpan susu Perahan di dalam Botol atau Plastik

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Mana yang lebih baik, simpan susu perahan di dalam botol atau plastik? Jom kita senaraikan kelebihan serta keburukan untuk kedua-dua kaedah ini.

Botol susu

Jingle Jungle - Breastmilk Storage Bottle 10pk *BPA FREE*(Hearts) dengan Harga RM39.90


  • Selepas mengepam, susu perahan boleh di simpan di dalam peti sejuk ataupun deep freezer. Kebiasaanya saya akan simpan susu dalam 3-4 oz untuk sebotol dan simpan dahulu di bahagian chiller.
  • Setelah beberapa jam, susu dibahagian chiller tadi dipindahkan ke bahagian beku.
  • Sebotol susu akan di cairkan untuk dihantar ke taska. Selebihnya di biarkan beku.
  • Botol susu yang telah diguna perlu dibasuh dan di sterilize kan.
  • Makan ruang di dalam freezer.
  • Lebih jimat kerana boleh digunakan semula.
  • Perlu membasuh peralatan penyusuan termasuk botol susu untuk kegunaan seterusnya.
  • Peralatan penyusuan di sterilize kan 



Plastic Milk Storage



Autumnz - Double ZipLock Breastmilk Storage Bag (25 bags) *12oz* dengan harga RM11.61


  • Susu perahan di dalam botol perlu disukat terlebih dahulu mengikut jumlah yang diperlukan.
  • Jimat ruang penyimpanan dengan menyimpan secara berbaring. Tetapi perlu mencatat jumlah hasil susu perahan kerana sukatannya akan berbeza.
Sumber sarakids.com



  • Perlu mencairkan susu perahan sekurangnya untuk satu sesi penyusuan di taska.
  • Di sarankan agar menyimpan susu perahan hanya untuk dua sesi penyusuan untuk mengelakan pembaziran iaitu ada kemungkinan susu akan rosak dan sebagainya.
  • Tidak perlu membasuh botol susu yang banyak. Disitu telah jimat masa.
  • Memerlukan kos kerana plastik milk storage hanya boleh digunakan sekali sahaja.


Di sini kronologi atau proses penyimpanan susu perahan dari mula mengepam sehinggalah pulang daripada taska.

Botol Susu
  1. Mengepam terus ke botol,
  2. Membahagikan susu untuk sekali sesi menyusu (kebiasaanya bayi minum 3-4oz)
  3. Hasil perahan di dalam botol boleh di simpan terus ke peti sejuk bahgian chiller dahulu.
  4. Selepas beberapa jam, hasil perahan akan di simpan ke dalam bahagian beku.
  5. Sebotol stok beku dicairkan untuk sesi pertama di taska (kebiasannya saya akan bekalkan 6 sesi untuk diminum. Ini bermakna 6 botol akan dibekalkan ke taska)
  6. Proses membasuh botol susu, peralatan mengepam
  7. Semua peralatan menyusu di sterilizer kan 

Plastik Milk Storage
  1. Selepas mengepam, susu perahan di dalam botol perlu disukat dan disarankan disimpan dalam jumlah hanya untuk diminum satu hingga dua sesi sebelum di pindahkan didalam milk storage.,
  2. Hasil perahan di simpan terus ke bahagian chiller dahulu.
  3. Selepas beberapa jam, hasil perahan akan di simpan ke dalam bahagian beku.
  4. Stok beku perlu dicairkan untuk sesi pertama di taska. Dengan menggunakan Plastik storage susu yang di cairkan mungkin untuk 2 hingga 3 kali sesi menyusu. 
  5. Susu yang dicairkan sekurang-kurangnya untuk satu sesi perlu dipindahkan ke dalam botol susu.
  6. Hanya sedikit peralatan menyusu termasuk botol susu yang perlu dibersihkan.
  7. Semua peralatan menyusu di sterilizer kan. 




No comments: