Thursday 4 June 2015

Tanda- tanda bersalin

Teks: Huzaimah Basar

Setiap wanita akan mengalami simptom hendak bersalin yang berlainan. Setiap anak juga berbeza. 


Tanda-tanda bersalin daripada babycenter website
  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

Pengalaman melahirkan anak pertama, tanda-tanda yang dialami adalah sakit pinggang seperti senggugut. Lenguh di bahagian peha dan kaki. Kemudian sakit perut yang kerap, menandakan contraction. Memandangkan kelahiran pertama, kami terus rujuk ke hospital.

Ketika ini kandungan adalah 37 minggu dan telah matang untuk bersalin. Saya mengalami sakit belakang, bahagian bawah abdomen, lenguh peha dan kaki. Selain itu kerap membuang air kecil, menurut doktor sakit puan, kedudukan kepala bayi berdekatan dengan pundi kencing. 

Di saat ini juga saya sedang mengalami cirit birit serta mual. Melalui pembacaan di Bayi Ibu
ianya adalah salah satu tanda-tanda untuk bersalin. 

Apa yang perlu saya lakukan adalah bersiap sedia beg ke hospital.



=================================================================

IBU-IBU SEDANG MENCARI BAJU MELAYU UNTUK BAYI TERSAYANG?

ROMPERS BAJU MELAYU DARIPADA MATERIAL KAIN TSHIRT 100% COTTON MEMBERI KESELESAAN KEPADA KULIT BAYI.

Singgah ke FB Barangan-keperluan-bayi-dan-kanak-kanak-online untuk maklumat lanjut

















No comments: