Monday 15 June 2015

Adik jaundis-hari pertama

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi peribadi

Hari ini adik berusia 7 hari. Terpaksa di masukan ke wad kerana jaundis. Hati umi sangatlah sebak. Bacaan kuningnya hanya turun sedikit sahaja daripada 239 ke 236 dan hari ini 234. Doktor mencadangkan supaya masuk ke wad dan di jemur dibawah lampu. 

Sebenarnya pada bacaan 236, doktor telah mencadangkan kami untuk masuk ke wad. Kami merayu untuk monitor bacaannya pada ke esokan hari.

Sebelum itu saya telah mengumpul sedikit stok ebm untuk adik. Pada permulaan susu yang keluar adalah sedikit. Kilang susu belum di simulatekan lagi. 

Hari ini hanya 4onz sahaja yang dapat dibekalkan. Malam ini akan hantar lagi bekalan susu kepada adik. Kalau tidak cukup susu, terpaksa jugalah susu formula.

Saya masih berpantang dan tidak terdaya untuk duduk lama di hospital. Pulang ke rumah dahulu untuk rehatkan badan agar susu dapat mengalir dengan lancar.




No comments: