Wednesday 17 June 2015

Adik Jaundis - Hari ke dua

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi


Sudah masuk hari ke dua adik bermalam di hospital. Kuning adik dah semakin menurun daripada 235 ke 200. Umi berharap akan terus menurun dan adik dapat keluar hospital secepat yang mungkin.

Pada hari ke dua, dapatlah bekalkan adik 10onz susu pada waktu pagi. Ayah yang tolong hantarkan. Pada sebelah petangnya umi pula yang hantarkan susu untuk adik. Dapatlah bekalkan adik susu sebanyak 8onz. 

Umi berasa bahgia dapat susukan adik dan berjumpa dengan adik. Adik kuat menyusu disebabkan duduk di bawah lampu. Adik cepat dahaga kerana bahang lampu. Tidak mengapa cepat sket adik sembuh.

Hari ini kita berjumpa lagi. Besar harapan umi dengan ayah agar bacaan adik cepat menurun. Cepat jugalah adik dapat balik rumah.





No comments: