Saturday, 5 September 2015

ATASI TEKANAN KETIKA MENJAYAKAN PENYUSUAN

Teks: Huzaimah Basar
Gambar:Google



Jika difikirkan untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun ini banyak cabarannya. Saya akui untuk anak pertama sangatlah tertekan. Lebih lagi sebagai seorang ibu yang bekerja. Badan sangat letih. Pengalaman yang saya tidak boleh lupakan adalah apabila saya meminta suami untuk mengurut kaki. Suami baru sahaja pegang kaki saya dah rasa sakit sangat. Akhirnya saya pergi mengurut.

Mengurut lagilah sakit sampai keluar air mata. Terpaksa 3 kali mengurut. Alhamdulillah lega rasanya badan. Saya juga mengamalkan sumplement. Tetapi tidak membantu menambahkan lagi tekanan. Paling saya malas adalah membasuh botol susu bersama peralatan menyusu. Tetapi task tersebut saya tugaskan kepada suami.

Saya juga malas bangun pagi, tetapi paksa diri untuk bangun juga. Saya tak cukup tidur dan rehat. Sebab itulah badan cepat penat salah satu penyumbang kepada tekanan. Susu pun semakin berkurang.

Oleh itu untuk anak ke dua saya membuat perancangan bagaimana untuk menjayakan penyusuan. Segala masalah yang saya hadapi ketika menyusukan anak pertama saya cuba atasinya. 

5 cara mengatasi masalah didalam penyusuan untuk mengelak daripada stress/ tekanan.

1)Menyediakan workstation untuk mengepam. Enteri di sini.
2)Tidak perlu membasuh botol susu dan peralatan pam yang lain dan hanya diletakkan di dalam cooler beg yang cukup sejuk ataupun peti ais. Kuantiti Ice pack perlulah banyak.
3)Grouping stok susu di dalam satu bekas ataupun plastik untuk kegunaan sehari. Enteri di sini
4)Monitoring jumlah susu yang telah digunakan untuk memastikan bekalan mencukupi.
5)Meletakan pam di sisi (sebelah bantal tidur) untuk sesi awal pagi.  Enteri di sini


  




1 comment:

Momina24 said...

Traditional Baju Kebaya Weekend Sale on Carlanisa
This weekend, celebrate tradition with elegance! Carlanisa is offering an exclusive sale on their Traditional Baju Kebaya collection. Discover beautifully crafted designs made from premium fabrics like lace, silk, and cotton, featuring intricate embroidery and timeless patterns.

Whether you're dressing up for a cultural event, wedding, or simply embracing heritage in style, now is the perfect time to add these exquisite pieces to your wardrobe. Don’t miss out—shop the Traditional Baju Kebaya Weekend Sale on Carlanisa today!