Saturday 16 May 2015

Bengkung Moden - Extra Zap

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi



Mengapa bengkung moden menjadi pilihan?  Bengkung Extra Zap antara senarai barangan keperluan yang perlu dibawa ke hospital (Klik Sini) . Pemakaian bengkung moden yang mudah berbanding jenis bertali. Semasa di hospital, bolehlah memakainya sendiri dengan menyapu sedikit minyak atau losyen panas ke perut. 

Fungsinya adalah untuk mengempiskan perut serta menghalang perut daripada dimasuki angin. Selain itu dapat membantu memperbetulkan posisi ibu ketika menyusukan bayi dan menyokong tulang belakang. Sesuai digunakan ketika tidur malam kerana ikatannya yang tidak ketat.

Ibu-ibu disarankan mempunyai 2 set bengkung, jenis bertali/ ikat dan zap. Jenis bertali dipakai di siang hari dan jenis moden/ zap di pakai diwaktu malam ketika tidur. Jenis bertali mempunyai ikatan yang lebih kemas. Fungsi yang sama seperti bengkung moden cuma cara penggunaan yang berlainan.

Setakat ini, saya telah memenuhi senarai yang telah di highlighted.
  • Buku merah (Sentiasa di dalam sling beg)
  • Surat Guarantee Letter (jika bersalin di hospital swasta dan mempunyai peruntukan insurans daripada majikan)
  • Set penjagaan diri 
  • Tuala Wanita (Klik sini)
  • Tudung segera
  • Pakaian Menyusu (kilk sini);
  • Kain batik
  • Nursing Bra (klik sini)
  • Seluar Dalam biasa/ pakai buang seluar dalam.
  • Stokin
  • Bengkung Modern
  • Minyak panas
  • Selipar
  • Pam Susu
  • Hanphone/ pengecas/ Power Bank dengan bateri yang penuh 
  • Kurma





No comments: