Monday 16 December 2013

Sikap ingin tahu bayi

Teks: Huzaimah Basar

 Assalamualaikum,

Shaima' sudah semakin membesar. Sifat ingin tahu semakin tinggi. Diselongkarnya  laci, kotak tisu dan sebagainya. Shaima' juga suka memasukkan barang di dalam mulut. Oleh kerana shaima' suka bermain dengan laci dan kotak tisu, saya pun meletakan mainan shaima' di dalam laci. Kalau di larang nanti perasaan ingin tahu nya terbantu. Untuk situasi shaima', dia akan mengamuk. Oleh sebab itu saya replace barang-barang di dalam laci dengan barang mainan shaima'. Untuk kotak tisu saya replace dengan sapu tangan, topi shaima' yang tidak digunakan. Kain perca juga bole digunakan. Oleh kerana tiada kain perca saya letakan sapu tangan.










No comments: