Monday, 16 December 2013

Sikap ingin tahu bayi

Teks: Huzaimah Basar

 Assalamualaikum,

Shaima' sudah semakin membesar. Sifat ingin tahu semakin tinggi. Diselongkarnya  laci, kotak tisu dan sebagainya. Shaima' juga suka memasukkan barang di dalam mulut. Oleh kerana shaima' suka bermain dengan laci dan kotak tisu, saya pun meletakan mainan shaima' di dalam laci. Kalau di larang nanti perasaan ingin tahu nya terbantu. Untuk situasi shaima', dia akan mengamuk. Oleh sebab itu saya replace barang-barang di dalam laci dengan barang mainan shaima'. Untuk kotak tisu saya replace dengan sapu tangan, topi shaima' yang tidak digunakan. Kain perca juga bole digunakan. Oleh kerana tiada kain perca saya letakan sapu tangan.








Saturday, 7 December 2013

Tip mengepam bersama bayi : Makan dapat melekakan bayi

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Selain memasang video/ youtube kegemaran anak-anak. Boleh juga memberi mereka makan biskut ataupun buah-buahan. Hanya valid untuk bayi yg telah makan solid food.

Kebiasaan saya memberi Shaima' makan biskut baby. Take time juga lah dia nak hbs. Shaima' akan habis makan dahulu sebelum sesi mengepam habis. Terpaksa kreatif untuk bermain dengan Shaima'. Alhamdulillah Shaima' pandai makan dan memegang sendiri makanan. Tetapi haruslah memantau anak-anak ini makan agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Shaima' sedang menikmati pisang bersama feed feeder. Agak laju juga shaima' makan. Kena standby pisang di sisi untuk refil ke dalam feed feeder. 

Kusyuk Shaima' menikmati biskutnya. Cuma penat mengemas serbuk-serbuk biskut yang bersepah.

Pagi-pagi lagi shaima' dah sarapan pagi. 1st session selalunya bagi Shaima' makan bubur nasi. Senang cerita Shaima' suka sangat makan. Hulurlah apa-apa pun, dia akan buka mulut. 😆😅

Thursday, 5 December 2013

Tips mengepam apabila bersama bayi : Memasang youtube huruf Hijaiyah

Hari ini Shaima' bangun lambat, pukul 6.30 baru bangun. Mengambil kesempatan ini untuk solat subuh dan mengepam sambil bersantai di atas katil. Lagipun takut tiba-tiba Shaima' bangun turun katil. Ayah Shaima' shift malam, tinggallah kami berdua. Agak sukar untuk handle Shaima' yang sedang aktif di waktu pagi. Pagi hari task umi nya adalah mandi, solat subuh serta mengepam untuk 1st session. Kalau sempat Shaima' akan di mandi kan sebelum ke taska. 

Apa yang menariknya pagi tadi, Shaima' bangun lambat. Sempatlah solat subuh dan mengepam. Sedang syok mengepam, Shaima' bangun golek-golek dan main tetiba menangis. Ermm, idea pun datang dengan memasang nasyid huruf hijaiyah. Excited lah si Shaima' menontonnya. Bunyi keretapi yang melucukan serta huruf yang bergerak-gerak, dengan huruf alif yg terjatuh dan penampilan pelangi yang menarik minat Shaima'. Selesai mengepam, main kat ruang keluarga plak, boleh lah umi nya mandi serta brsiap untuk pergi kerja. Task ada lagi di bawah menunggu, memang berpeluh di waktu pagi. Task di bawah plak adalah menyediakan makan Shaima', beg keperluan taska serta memberi makan kepada Shaima'. Breasfeed sangat memcabar, lebih-lebih lagi untuk mengumpul stock apabila bersama bayi. Selain perlu mahir kaedah tandem, perlu kreatif bermain bersama bayi. Semoga tip ini dapat membantu mommy-mommy yang lain. 




Monday, 11 November 2013

Aktiviti Keluarga Di Hujung Minggu




Assalamualaikum,

Cuti di manfaatkan sebaiknya bersama si comel. Membawanya bersiar-siar di taman dengan permandangan nan hijau dapat memberi ketenangan. 

Ini juga dapat meningkatkan kecergasan minda anak-anak. Membantu membina emosi serta tumbesaran yang sihat.

Allahuakbar, sungguh agong ciptaan Allah. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur.









Wednesday, 30 October 2013

Tips mengepam ketika bersama baby

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Sejak mengamalkan pemakanan yang sihat serta waktu mengepam yang teratur, production ada perubahan dan semakin bertambah. Jadual mengepam juga ditambah. Sebelum ini jadual mengepam hanyalah 3 kali, ditambah kepada 5 kali sehari.

Memang sangat sukar mengepam apabila bersama baby. Apa yang saya lakukan memgepam bersama baby without ayah adalah: 
  1. Tandame pam
  2. Pasang vcd/ ipad cth:-ALIF BAA TAA Ryan & sofia.
  3. Bermain bersama baby






Bermain flash card bersama Shaima'

Tuesday, 29 October 2013

Production Drop


Cuti lama aidiladha lama sangat,oleh itu jadual pam ke laut. Makan apa lagi ke laut lah juga. Di office kadang kala sangat sibuk acapkali terlepas waktu pam dan sering pulang lewat. 

Sekarang ini tengah mencuba untuk menaikan semula production susu. Antara yang saya lakukan adalah:
  1. Menjaga semula waktu pam 5 kali sehari.
  2. Merebus longan kering bersama red dates. Kemudian minum bersama madu.
  3. Sebelum tido minum oat bersama susu.
  4.  Kerap minum air suam yang hangat
Longan Kering, Red dates dan Madu
.

Harap-harap production ada peningkatan dengan usaha, doa dan tawakal.


Doa Harian

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku (surah Ibrahim : 40)





Saturday, 26 October 2013

Longan Kering

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Memandangkan milk production kurang, maka saya telah merebus Longan Kering bersama Red Dates. Saya minum bersama madu. Jadual pam juga perlu teratur.


Thursday, 24 October 2013

Granpama Sweetheart FB

Jom kita share info mengenai anak-anak & organizing dan apa sahaja yang memberi manfaat untuk bekalan dunia dan akhirat. Maybe ilmu yang kita share ada yang mengamalkan boleh dijadikan bekalan pahala selepas kita meninggal. 

Like laju-laju FB Grandpama Sweetheart..

Sunday, 20 October 2013

Resepi Chicken Stock untuk bayi

Adaptasi daripada buku Nutritionists' Choice Cookbook. Berkobar-kobar untuk try homemade chicken stock dengan ikan bilis.




Kebiasaanya pagi ahad ke pasar tani Shah Alam seksyen 13. Strugle membeli belah makan Shaima'. Sweet patato, brocoli, carrot, labu, kentang, ikan bilis serta ayam. Cadangnya hari ini nak buat chicken stock untuk Shaima'. 
  1. Bersihkan tulang ayam, buangkan lemak, kulit dan darah beku.
  2. Buangkan kepala dan isi perut ikan bilis.
  3. Didihkan air dan masukkan tulang ayam serta ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, reneh sehingga 45 minit atau pati tinggal separuh.
  4. Tapis dan dibiarkan sejuk. Kemudian sejukan di dalam peti ais semalaman. Setelah disejukan buang lapisan lemak dibahagian atas.
  5. Stok boleh disimpan didalam peti sejuk selama seminggu atau disejuk bekukan sehingga  sebulan. 





Shaima' keletihan agaknya, masuk kereta menyusu dan terus tidur sampai lah di rumah. Sempatlah memasak chicken stok dan juga air kurma merah dan longan kering untuk milk booster 😜




Sesiapa yang inginkan buku ini bolelah email saya 😁..
huzaimahbasar@gmail.com

Wednesday, 16 October 2013

Shaima' Travelling bag

Aidiladha tahun ini, kami pulang ke kampung ayah Shaima' di Terengganu. Kebiasaanya ada 2 bag khas untuk Shaima'. Travelling bag dan bag pakaian harian sepanjang berada di kampung.

Allerhand bag menjadi pilihan kami kerana mempunyai organizer yang sesuai untuk travelling, serta menjimatkan masa kerana organizing yang terdapat didalam bag ini. Travelling bagpack ini diperlukan kerana mudah untuk menyalin pampers atau pakaian Shaima' dan juga mudah di bawa.

Terus terang saya katakan, ini adalah 1st time saya mengetahui fungsi setiap organizer yang terdapat didalam bag ini. Sebelum ini saya main hentam, hasilnya kurang organize..hehe

Kebiasaannya keperluan peribadi/ toiletries Shaima' diletakan didalam organizer bag warna hijau, beli di Popular. Bag hijau ini akan diletakan didlm bag pack. Tujuan menggunakan organizer hijau ini adlah untuk digunakan pula apabila berada di rumah toki & mak tok.Barang-barang didalam bag ini adalah:
  1. Vicks balm for baby
  2. Mosquito Repellent Patch - Mothercare RM 15.90
  3. Brush Babby (DentalWipes) - Mothercare RM 14.90
  4. Sterimar - Farmasi
  5. Nappy Cream - Little Whiz RM 36.90
  6. Minyak kayu putih
  7. Termometer -Little Whiz RM?
  8. Bedak
  9. Cotton bud
  10. Pengetip kuku
Keperluan lain untuk travell bersama baby: 
  1. Pakaian tidur
  2. Pakaian pagi
  3. Pakaian tengah hari
  4. Tuala
  5. Ubat Demam ( standby)
  6. Pampers




Friday, 11 October 2013

KEPERLUAN SHAIMA' KE TASKA

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Persiapan keperluan Shaima' ke taska agak mencabar. Lebih-lebih lagi pada hari Isnin. Shaima' plak dah start makan, maka tambah lagi satu task di waktu pagi.

Keperluan beg pakaian Shaima' disediakan untuk 5 hari, antaranya:
  1. Pakaian siang 5-6  helai (Shaima' dimandikan terlebih dahulu sebelum ke taska) 
  2. Pakaian tidur 5-6 helai 
  3. Stokin 5-6 helai 
  4. Sapu tangan 5-6 helai 
  5. Tuala mandi 1-2 helai



  1. Ini pula bekalan makanan serta susu untuk Shaima'. 
  2. 6-7 pack EBM Milk ( 24-28 onz)
  3. Biskut baby
  4. Termos nasi
  5. Bekas pure - kebiasaannya brokoli mix carrot. Brokoli mix patato & etc
  6. Bekas mknan & sudu


Monday, 23 September 2013

Mengepam dan Multitasking

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum

Orang kata wanita mampu multitasking dalam satu masa.Lelaki lebih fokus pada satu kerja.

Contohnya kalau memasak wanita mampu memasak pelbagai jenis lauk dalam satu masa. 

Ini adalah salah satu kerja multitasking yang saya lakukan, mengepam sambil melipat pakaian Shaima' serta memilih pakaian yang perlu di bawa ke taska.

Since saya terlepas sesi ke 3 waktu mengepam, maka saya lanjutkan hingga 60 minit untuk create demand.





Sunday, 22 September 2013

Fresh food feeder

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Nowdays iventions memudahkan lagi kerja seharian kita. This time Shaima' makan banana menggunakan feeder food.
Shaima' nampaknya seronok sebab dapat pegang sendiri. Sangat memudahkan. Banana pilihan saya kerana teskture nya lembut dan sesuai dengan usia Shaima' serta bayi yang baru memulakan solid food. Harga dah lupa :)





Wednesday, 18 September 2013

Laundry Shaima'

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Beginilah cara kami menyidai baju Shaima'. Agak serabut kerana weekend baru nak basuh. 

Penyidai tinggi yang mempunyai 3 bahagian amat praktikal untuk laundary kami yang comel ni..😜😜😜








Kaedah Menyelamatkan Stock EBM ketika bekalan elektrik terputus

Teks: Huzaimah Basar

Assalamualaikum,

Apabila terputus bekalan elektrik, antara kaedah untuk menyelamatkan stock EBM daripada cair adalah:-
  1. bekas kedap untuk simpan EBM stock contohnya coleman.
  2. masukan EBM stock ke dalam plastic. Bahagikan kepada beberapa bahagian jika stock banyak. 
  3. letakan ice dibahagian bawah dan taburkan sedikit garam untuk mengelakan ice daripada cepat cair. 
  4. selepas itu letakan stock EBM tadi dan diselang selikan dengan ice. 
  5. akhir sekali letakan tuala basah untuk melambatkan process pencairan ice.


Thursday, 12 September 2013

Cabaran menjadi Ummu Shaima'

Shaima' dah sgt lincah..extra bonganza lajunya.. Shaima' pun dah 6 bulan lebih
1) selalu menuju ke tangga.. Nafas terhentii, lap peluhhhh
2) solat akhir waktu, shaima' bergayut jerrr
3) tgh pam..shaima' sibuk main item-item pam..penat bersilat
4) tgh pam.. Tetibe nak menyusu.. Hoho teknik tendam lah gayanya. Tp apabila sensorg lenguh mengadjust
5) jadual yang pack, lebih-lebih lagi dah makan. Perlu sediakan makan shaima' plak.
6) kerja rumah ayah yang tolong buatkan. Umi hanya masak jika sempat.


Tuesday, 10 September 2013

Shaima' 1st food


Dah 6 bulan rupenye my little shaima' ni. Sekejap jer dah besar. Dah bole makan... Yeeeehaaaa. Patut ar kuat menyusu, tak larat nak kejar stock susu.
Alhamdulillah masih fully breastfeed. Tapi dah nak tergelincir. Hopefully masih boleh bertahan. 

1st solid food Shaima' adalah avocado. Kenapa avocado sebab tidak perlu blend, hanya perlu melenyek kan sahaja. Avocado tiada rasa, maka baby bolelah memcube teksur nya dahulu. 1st try untuk Shaima' ok jelah dia makan. Avocado semata-mata bersama air masak. Then petang try campur susu, lebih berselera..








Video tak dapat nak upload.. Entry akan datanglah..



Wednesday, 21 August 2013

Shaima' travel log ( KL - Terengganu )

26/7/2013 genap Shaima' 5 bulan. First time pulang ke Kg ayah di Gong Badak.. 
Picture semasa di Subang Airport








Picture semasa pulang ke KL, Shaima' agak meragam pada masa ini. Kena bgn awal agaknya.
















Tip-tips travel bersama bayi
1) carrier digunakan semasa dalam flight- shaima' carrier brand Baby Bjorn


2) susu bayi semasa flight naik dan turun. Tujuannya adalah supaya telinga baby tidak dengung kerana menelan air liur.
http://grandpamasweetheart.blogspot.com/2013/06/10-tips-travel-with-baby.html?m=1

3) Bawaklah mainan, supaya baby tidak boring dalam flight. Lebih-lebih lagi mainan baru. Semestinya baby excited untuk bermain.

Tuesday, 23 July 2013

Teether

Since Shaima' suka sgt masukkan barang dalam mulut, maka ummi belikan teether.. Giraffe teether nie made from bahan semulajadi. Makanya sesuai utk baby.. Kata sale girls Mothercare.