Gambar: Koleksi Peribadi
Malam tadi, mengambil sedikit masa selepas makan malam melayan Shaima' bermain. Bermain penyepit baju bersama flur ball adalah salah satu aktivitinya malam tadi. Gigih menggunakan penyepit baju untuk sepit flur ball. Tepuk tangan bila
berjaya, selepas itu cuba untuk stamping. Terpengaruh dengan aktiviti water color
semasa playgroup minggu lepas. Enteri playgroup di sini.
Aktiviti yang mudah tetapi bukan mudah untuk si kecil seperti Shaima' yang perlu menggunakan motor skill jarinya. Apabila melihat Shaima' tidak berjaya mengawal tangannya, saya mengajarnya cara untuk memegang penyepit baju tersebut. Shaima' mudah menerima pembelajarannya.
Pemerhatian saya, Shaima' sangat fokus dengan aktiviti ini. Fokus untuk menyepit flur ball. Setelah berjaya, kami bertepuk tangan tanda penghargaan di atas kejayaannya itu.
Aktiviti ini dapat merangsang otak, menguji moto skill, sensor skill dan melatih si kecil untuk mengawal tangannya.
Mencari aktiviti kanak-kanak yang murah, Adlil Rajjah ada jawapannya.
No comments:
Post a Comment