Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Facebook
Semasa mengandungkan Shaima', saya ada membaca sebuah blog DarwishDarwisya cara mengajar huruf hijaiyyah kepada anak kecil seusia bayi lagi. Saya memang berazam untuk memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada anak-anak saya nanti. Daripada mula pembacaan di blog, saya mengikuti seminar Puan Lina cara-cara mengajar kepada anak kecil ini.
Sangat mencabar juga untuk mengajar anak-anak kecil ini. Mereka cepat bosan, oleh itu ibubapa perlu sentiasa kreatif mewujudkan suasana belajar sambil bermain.
Kaedah yang saya gunakan belajar sambil bermain:
- Menggunakan kad imbas dan menyebut setiap huruf dengan terang dan kuat kepada bayi
- Untuk permulaan huruf mesra bayi seperti Ma, Ba, Ta, Wa diperkenalkan
- Ulang setiap hari huruf yang sama dan di tambah dengan huruf yang baru
- Bersabar dan jangan putus asa, bayi mudah berasa bosan.
- Proses pembelajaran yang sesuai adalah ketika bayi dalam keadaan yang stabil.
- Digalakkan mempunyai beberapa set kad imbas sebagai backup kerana bayi gemar mengoyaknya dan memasuki ke dalam mulut.
- Bawalah kad imbas di dalam beg ataupun di dalam kereta agar proses pembelajaran sentiasa beterusan.
- Ibubapa perlu kreatif dalam proses pembelajaran. Pelbagaikan aktiviti bermain sambil belajar agar proses pembelajaran lebih menarik. Lagipun lumrah anak-anak suka bermain.
************************************************************************************
Dapatkan Kad imbas Aa Baa Ta di sini
No comments:
Post a Comment